selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
BULAN KEBERKATAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
“Assalamualaikumwaramatullahiwabarakatu…
Sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini, saya selaku yang Dipertua Fakulti Pengurusan Hospitaliti ingin memohon seribu kemaapan daripada anda sekalian., jika terdapat salah dan silap sepanjang saya memegang jawatan ini. Diharapkan anda dapat memaafkan saya. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Akhir kata, sambutlah aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan keceriaan. Salam dihulur, maaf dipinta.”
MUHD SYAHMI HAZIQ B. MUHAMMAD
Yang Dipertua HOMSSA
“Assalamualaikumwaramatullahiwabarakatu…
Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah kita meraikan hari kemenangan bagi semua umat islam setelah sebulan kita berpuasa dengan menahan bukan setakat lapar dan dahaga malah dapat menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh allah s.w.t. Di hari yang mulia ini, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaapan jika saya ada melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada warga Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan tidak lupa kepada HOMSSA.”
NUR NADIA BINTI HAKIMI
Timbalan Yang Dipertua HOMSSA
“Assalamualaikumwaramatullahiwabarakatu…
Di hari yang mulia ini, kami daripada Exco-exco HOMSSA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua warga KUIM terutamanya kepada Fakulti Pengurusan Hospitaliti. Semoga syawal yang tiba ini memberi seribu keceriaan kepada anda semua. Disini ada serangkap pantun untuk anda semua daripada kami semua,
Terang malam di terangi pelita,
Ketupat dan rendang sungguh menyelerakan,
Dari kami maaf dipinta,
Salam lebaran kami ucapkan.